Showing posts with label #semasa. Show all posts
Showing posts with label #semasa. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

"Saya akan hadiri kenduri kahwin anak ahmad said" : DS Najib



Kemelut politik Terengganu yang bermula selepas bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan keluar dari UMNO disifatkan berpunca daripada masalah komunikasi semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kini disifatkan selesai di atas semangat cintakan parti yang mengatasi segala-galanya.

‎"Memang tarikh kenduri kahwin anaknya (Ahmad Said) tidak dimaklumkan. Kami fikir kenduri 10 Mei selesai, kami tidak dimaklumkan ada satu lagi majlis pada 17 Mei.

"Ini semua masalah komunikasi. Semuanya sudah diatasi dan semua sudah memberi penjelasan. Sebenarnya Ahmad Said juga berkata dia terlalu cinta pada UMNO dan tidak dapat melupakan UMNO," katanya semasa sidang media selepas perasmian Auto Forum 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib turut mengumumkan akan menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kemelut-selesai-saya-akan-hadir-kenduri-kahwin-anak-ahmad-said-najib-35852?cp

posted from Bloggeroid

Kerusi Genap: Persempadanan Semula di Beberapa Negeri Dikaji -SPR



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memulakan proses persempadanan semula di beberapa negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap bermula tahun ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata persempadanan semula ini seharusnya dilakukan dari dahulu lagi, namun, ia tidak lagi dilakukan kerana penglibatan dengan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

"Perlunya persempadanan semula ini untuk menjadikan kerusi DUN dan Parlimen ganjil kerana jika genap akan timbul masalah bila kedudukan kerusi menjadi 50-50.

"Walaubagaimanapun, sekiranya ini berlaku, Speaker sesetengah negeri boleh menentukan siapa yang berhak memerintah negeri itu.

"Kami sedang dalam proses menyediakan notis untuk proses persempadanan di negeri-negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap seperti Terengganu," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau menerangkan bahawa proses persempadanan itu akan mengambil masa lebih kurang dua tahun.

"Ini kerana terdapat pelbagai langkah seperti mempamerkan notis, mendengar bantahan, menukar cadangan persempadanan sebelum mendengar bantahan sekali lagi.

"Proses ini agak panjang untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan bantahan dan sebagainya," katanya.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU13, katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kerusi-genap-persempadanan-semula-di-beberapa-negeri-dikaji-spr-35816?cp

posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 May 2014

Ahmad Said Mengaku Ditawar Sertai PAS






KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.

Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

“Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula,” ujarnya.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik seketika di negeri itu.

Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.

“Saya dah bercakap dengan PM (perdana menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN,” tambah beliau.

Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau  bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu di kediamannya di Kemaman.

Anwar, isteri terlibat kemalangan



SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

posted from Bloggeroid

Monday, 12 May 2014

Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu




KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Sumber : sinarharian

posted from Bloggeroid

Friday, 9 May 2014

Jeddah destinasi terakhir dari LCCT sebelum ditutup

SEPANG: LCCT ditutup secara rasminya pada Jumaat dengan penerbangan terakhir AirAsia X berlepas ke Jeddah pada pukul 2.30 pagi.

Hari ini merupakan hari terakhir operasi Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dari tinjauan Astro AWANI, keadaan masih lagi sibuk dengan beberapa penerbangan dari sini masih beroperasi seperti biasa.

Difahamkan lebih 42 penerbangan Air Asia sudah pun mendarat di KLIA2 hari ini dan operasi penerbangan akan mula berpindah bermula tengah malam ini.

Penerbangan AirAsia dari Ho Chi Minh pertama mendarat di Klia2

Sementara itu AirAsia dengan rasminya menandakan kehadirannya di lapangan terbang baharu, klia2, dengan ketibaan penerbangannya dari Bandaraya Ho Chi Minh petang tadi .

Dalam satu kenyataan hari Khamis, AirAsia berkata Flight AK 539 tiba pada pukul 3.40 petang dan telah disambut oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar.

Klia2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC) dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun, memulakan operasinya pada 2 Mei. AirAsia berkata 3,550 daripada kakitangan operasinya dan 70 pesawat (AirAsia dengan 54 pesawat Airbus A320 dan AirAsia X dengan 16 pesawat Airbus A330) akan berpangkalan di lapangan terbang baharu itu mulai esok.

Syarikat itu beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Malaysia Airports Holdings Berhad berkata perpindahan penerbangan AirAsia ke Klia2 telah bermula lancar dengan ketibaan dua penerbangan antarabangsa dan dua penerbangan domestik setakat pukul 5.00 petang hari ini.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasinya, Datuk Azmi Murad, juga hadir di klia2 untuk menyambut Penerbangan Flight AK 539 AirAsia. -- Bernama


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jeddah-destinasi-terakhir-dari-lcct-35450?cp

posted from Bloggeroid

Wednesday, 7 May 2014

Ulama bebas politik perlu dalam jawatankuasa khas Hudud -Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.


PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.

Hudud : Pakatan Rakyat Dibayangi Perpecahan



HULU SELANGOR: Perpecahan Pakatan Rakyat seperti yang dibayangkan penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya baru-baru ini, pasti berlaku kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing menentang cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak terkejut dengan apa yang dibayangkan oleh Kit Siang. Ia akan berlaku kerana cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS mendapat bantahan keras daripada bekas pengerusi DAP, Karpal Singh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohammed Idris Abu Bakar di kediamannya di Kalumpang, dekat sini pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, walaupun terdapat segelintir Ahli Parlimen PKR menentang hudud, bantahan keras DAP dan PKR mengenai pelaksanaannya akan meregangkan hubungan PAS dalam pakatan pembangkang itu.

Menurut beliau, PAS perlu bekerja lebih 'keras dan bijak' untuk meyakinkan dan memenangi hati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan Islam jika mereka ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan melalui pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Ahli Parlimen Hulu Selangor (MIC), P. Kamalanathan yang juga ada bersama Ahmad Zahid, berkata walaupun perpecahan itu pasti berlaku, DAP akan memainkan isu itu untuk meredakan kemarahan ahli parti.

"Mereka hanya akan bercakap mengenainya dan tidak akan melakukan apa-apa tindakan. Ini adalah drama DAP semata-mata," katanya.
Beliau berkata, DAP perlu membuktikan keikhlasan mereka jika benar-benar menentang hudud dengan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada Jun ini.

Lim dalam blognya membayangkan bahawa parti dalam Pakatan Rakyat mungkin berpecah sekiranya hudud menjadi isu utama.

Sumber : Mstar Online

Tuesday, 29 April 2014

Blogger PR Akui Wujud Unsur Tidak Telus dan Sabotaj Pada Pemilihan PKR



Blogger PR, Aduka Taruna menerusi laman facebooknya berkongsi fikiran bahawa wujud unsur tidak jujur dan sabotaj dalam pemilihan PKR di peringkat cabang-cabang yang berlangsung Ahad lalu.







Bukan mudah untuk menguruskan pemilihan di peringkat makro begini. Jadi dakwaan yang dituding PR kepada BN/UMNO yang tidak telus akhirnya memakan diri sendiri. Itu belum lagi cerita tentang kempen pemilihan PKR yang sememangnya banyak unsur provokasi dan fitnah. Lagi dahsyat dan hebat mereka-mereka ni.

Apa pun tahniah kepada Parti Korupsi Rakyat (PKR)!!

Thursday, 24 April 2014

Jom Laksana e-Filing!



Jom ramai2 laksanakan e-filing sebelum tamat tempoh pada 15 Mei 2014 ini. Boleh layari https://e.hasil.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Tuesday, 22 April 2014

Insiden Patah Balik MH192 : "Anak Kapal MAS Professional"




KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memuji profesionalisme anak kapal Penerbangan MH192, yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang awal pagi semalam.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 10.09 malam menuju ke Bangalore, India tetapi berpatah balik ke KLIA apabila mengalami masalah pada gear pendaratannya.

Pesawat itu, yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal, selamat melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada 1.56 pagi semalam.

Ahmad Jauhari juga berada di KLIA untuk menemui penumpang dan anak kapal semasa mereka turun dari pesawat, katanya dalam kenyataan MAS di sini, hari ini.

"Tiada keadaan yang kelam-kabut atau cemas, semua pihak memberi pujian tertinggi terhadap kecekapan dan profesionalisme juruterbang, pegawai pertama dan anak kapal.

"Saya berbangga dengan pasukan ini dan cara mereka menangani keadaan dalam Penerbangan MH192 awal pagi tadi," kata beliau. 

Sementara itu, seorang penumpang, Pritesh Jain yang duduk di tempat duduk 22A berkata beliau mendengar bunyi kuat sejurus pesawat berlepas dan pesawat itu juga bergegar.

"Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Juruterbang pantas bertindak dan mereka terus berkomunikasi dengan kami," kata Pritesh yang bersendirian menaiki penerbangan itu.

Seorang lagi penumpang sendirian, Basavaraj Udapud berkata komunikasi dari kokpit dilakukan secara berterusan dan anak kapal juga menunjukkan demostrasi pendaratan kecemasan.

"Semua yang berada dalam pesawat membaca doa tetapi keadaan dalam pesawat amat tenang dan terkawal.

"Anak kapal dapat menanganinya dengan baik sekali. Semua orang memberi sorakan dan tepukan kepada Kapten apabila pesawat akhirnya berhenti. Ia pengalaman yang menakutkan," kata beliau.

Sementara itu, MAS berkata pihaknya sedang menyediakan laporan mengenai insiden MH192 untuk dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan.

Sunday, 20 April 2014

Kerajaan Sedia Beri Sumbangan Kedua Kepada Waris Mangsa Tragedi MH370



KUALA LUMPUR 20 April - Kerajaan bersedia untuk memberikan sumbangan kedua kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat MH370 tetapi jumlahnya hanya diputuskan selepas mendapat maklum balas daripada mereka.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan para waris yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Ada di antara ahli keluarga mereka yang kehilangan sumber pencarian. Kami berharap sumbangan ini akan mampu meringankan sedikit beban yang mereka hadapi," kata beliau selepas perjumpaan dengan para waris di sebuah hotel di sini hari ini.

Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung kehilangan pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu itu berkata, sumbangan itu akan dibayar oleh pihak Malaysia Airlines dan jika perlu kerajaan akan turut membiayai sebahagian daripada jumlah berkenaan.

Sebelum ini, setiap waris keluarga mangsa telah menerima bantuan awal berjumlah AS$5,000 (RM16,195) berbentuk wang tunai ketika minggu pertama insiden itu terjadi.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Hamzah berkata, para waris turut diberi peluang untuk mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan peristiwa kehilangan MH370.

"Saya selaku pengerusi jawatankuasa mengumpulkan persoalan mereka, dan segala soalan itu akan saya bangkitkan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi esok.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah membelakangkan perasaan dan kebajikan para waris, tanpa mengambil kira kewarganegaraan mereka." kata Hamzah.

Jawatankuasa Waris Penumpang merupakan salah satu daripada tiga jawatankuasa kementerian yang ditubuhkan untuk menyelaraskan usaha pencarian. Dua jawatankuasa lagi ialah Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penghantaran Aset. - UTUSAN ONLINE
posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 April 2014

Amaran Untuk Pengguna FB: Awas pepijat Heartbleed



KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

"Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

"Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

"Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. - Bernama
posted from Bloggeroid

Tuesday, 15 April 2014

Wardina Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal

Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, mengecam ceramah Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kerana dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Menurut Wardina dalam status facebooknya meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana kononnya dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan yang sahih.

Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka.

Sejak akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal menjadi popular dikalangan umat islam dengan menampilkan ceramahnya yang agak santai dan mudah difahami oleh pendengar.

Ceramahnya di TV Alhijrah menjadi popular dan sering diikuti oleh golongan muda dan dewasa. Walaubagaimanapun Wardina sebelum ini pernah memuji ceramah yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus yang menampilkan gaya rock dengan gitar

Sumber : semuthitam80.blogspot.com

posted from Bloggeroid

Pemberian Air Percuma di Selangor : PR Sudah Tidak Mampu Tunai Janji



Akhirnya pemberian air percuma kepada rakyat Selangor sejak enam tahun lalu disyor untuk diberhentikan. Ini diulas lanjut oleh wakil DAP dari Damansara Utama yang berkata keputusan pemberian air percuma itu adalah  atas dasar popular dan demi kepentingan politik kerajaan negeri Selangor semata-mata. Keputusan itu juga dikatakan tidak bijak.

Di saat mereka(PR) mengejek BN 'mencapati' janji , rupanya mereka terpaksa menyerah kalah dengan janji yang tak mampu ditepati. Sekurangnya mereka tahu...pelaksanaan lebih sukar dari sekadar menabur janji. Maka sekarang,siapa yang mencapati janji?

Nasihat Untuk PR : jangan jadikan rakyat eksperimen janji kosong anda.