Showing posts with label #hiburan. Show all posts
Showing posts with label #hiburan. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

Abby Abadi Failkan Cerai Esok



PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

posted from Bloggeroid

Friday, 16 May 2014

Siapa Adam Untuk Shila?



Masa Murai Batu tulis cerita ini diri sendiri pula yang tersenyum mengenangkan kalau benar telahan Murai Batu ini rasa macam sweet sangat apa yang berada dibayangan mindaku ini. Panjang tak madah Murai Batu kali ini?

Kalau tengok gambar mungkin ramai yang dah tahu tapi rasanya ramai yang tak tahu kan? Tetapi bukanlah Murai Batu nak memudaratkan mana-mana pihak yang mungkin menjadi subjek didalam cerita ini, sekadar berkongsi nanti tiadalah pembaca Murai khususnya terkejut tetiba keluar cerita pasal Shila Amzah dan seorang jejaka kan.

Ini semua kerana tiada cerita panas lagi terpaksalah Murai Batu menggodek segala Instagram mencari cerita tau. Mungkin nak dijadikan cerita gerak hati Murai Batu macam kuat sahaja berkata ada sesuatu diantara Shila Amzah dan teman yang mungkin bermula sebagai seorang #shilalas kan?

Rajin betul jejaka bernama Adam ini menjemput dan menghantar pulang penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan kita ini setiap kali penyanyi itu ulang alik ke luar negara. Walaupun tiada sebarang foto mesra dan keterlaluan, gambar yang dimuatnaik Adam terasa istimewa.

Shila pun khabarnya ada memberikan klu bahawa dia kini bahagia dan tidak lagi emo-emo seperti satu ketika itu kan. Ini menguatkan lagi spekulasi para keyboard warrior diluar sana termasuklah Murai Batu ni.

Mungkin Murai Batu pun over feeling kan, bukan apa sebab tengok budak itu macam baik dan sopan santun sahaja. Orang kata cocok sangatlah kalau ND Lala nak jadikan menantu. Oops, terlebih sudah Murai Batu, takutlah nanti orang kata memandai lebih kan.

Apa –apa pun yang penting Shila Amzah teruslah berjuang demi nusa dan bangsa. Buat Adam juga Murai Batu mohon maaf kerana menggunakan foto Instagram anda, sekadar berkongsi. Manalah tahu ada sinar kejayaan dimasa akan datang. Amin. Selamat maju jaya! Eh tetiba! Ciao!

Sumber : murai.com
posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 May 2014

Ajak Shiro Biar Ular Belit Anak?



Sesetengah individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa. Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak daripada duo Shiro dalam Instagram miliknya.

Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa.

Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya. Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular.


Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk dada tanya selera, sebab semua selera masing-masing tak sama bukan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, 22 April 2014

Akibat Mengenakan Pakaian Sendat , Rebecca Digelar 'Teletubbies Masuk Islam'



Inilah akibatnya jika artis menjadikan busana muslimah sebagai medium memperaga fesyen.  Terkini artis Rebecca Nur Islam diselar oleh followers di instagram milik beliau kerana memuat naik gambar beliau berbaju yang menampakkan keseluruhan bentuk badan. Lebih menyedihkan menurut pengirim gambar itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’.

Rebecca harus lebih peka dengan penampilan dan menjaga sensitiviti serta adab berpakaian sepertimana disyariatkan Islam. Kalau nak bertudung ,Alhamdulillah...tapi tolonglah menutup aurat secara beretika..Jangan mencalar maruah Muslimah bertudung.

Kesimpulannya: Menutup auratlah kerana mengikut tuntutan agama, bukan untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa.  Tak semua manusia sempurna . Masih ada masa perbaiki diri. All the best to Rebecca :)