Showing posts with label #johor. Show all posts
Showing posts with label #johor. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

Mesti Baca!! Perbezaan Antara Rebat Air Di Selangor dan Johor



MELIHAT kepada rebat air 20 meter padu yang diberi oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada semua rakyat negeri itu dengan Johor yang turut memberi rebat yang sama tetapi lebih tinggi iaitu 25 meter padu, ia seperti terkandung sisi tersirat yang amat berbeza.

Di Selangor semua rakyat tidak kira kaya, miskin, golongan ekspatriat, kilang mahupun pelancong enak merasa air percuma.

Namun di Johor sebagaimana dinyatakan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebanyak RM14 pemberian subsidi air hanyalah untuk orang susah dan Orang Asli yang benar-benar memerlukannya.

Sepatutnya itulah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor kerana polisi memberi air percuma hanya menyebabkan pembaziran yang melampau kerana semua pihak merasakan ia seperti mudah didapati dan tidak akan habis.

Dalam situasi semasa di Johor , pemberian air percuma misalnya dibuat dengan merujuk kepada data di dalam e-kasih yang mana di dalam pangkalan data ini senarai orang susah dengan mudah boleh dikenalpasti.

Isu meniru polisi pemberian rebat air tidak akan timbul jika semua orang faham bahawa setiap rakyat yang miskin dan kaya menikmati status hidup berbeza dan sewajarnya yang kurang ditambah dan yang berlebih tidaklah perlu bersungut kerana mereka menikmati kek ekonomi yang besar.

Jika dikaji masalah air di Selangor dan Johor juga berbeza sekali. Di Johor bekalan air mentah tidak terawat begitu banyak hingga mampu membekalkannya ke Singapura untuk diproses dengan situasi menang-menang antara kedua pihak. Kerajaan negeri dapat membekalkan air yang berkualiti kepada rakyat dari loji penapisan air di seberang tambak.

Namun di Selangor polisi air percuma sudah dilihat cantik namun ibarat pepatah jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.

Kalau tidak mampu memberi rebat air maka dasar tersebut harus dikaji. Loji Rawatan Langat 2 masih belum dapat dilihat kelibatnya akibat percaturan politik sejak enam tahun lalu. Apa yang pasti dengan wujudnya loji tersebut maka bekalan air akan lebih terjamin bagi tempoh 50 tahun.

Sayang seribu kali sayang rebat air percuma mungkin mampu memberi sokongan hingga dua penggal kepada Kerajaan PKR Selangor. Namun setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 selesai barulah rakyat sedar bahawa apa yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar enam tahun dulu menjadi kenyataan. Bahawasanya 2014 krisis air akan melanda Selangor.

Hari ini dengan dasar rebat air hampir sama, krisis air tidak berlaku di Johor tetapi di Selangor.

Pemberian rebat pula berdasarkan kaedah hampir sama tetapi pendekatan berbeza. Subsidi perlulah diberi kepada yang selayaknya bukannya bersifat populis semata-mata.

Siapa sangka negeri maju bernama Selangor ditimpa masalah air dengan pakar-pakar air mula sangsi dengan pendekatan kerajaan negeri menggunakan air lombong mengandungi plumbum yang dipam ke dalam Sungai Selangor.

Lebih mengejutkan exco negeri menjamin air yang diproses selamat kerana ada negara menggunakan air kumbahan untuk dijadikan sumber air mentah tidak terawat.

Jika demikian bagai dikata kita harus menunggu berpuluh tahun untuk melihat hasil penggunaan air lombong sama ada menyihatkan atau menyebabkan penyakit kronik.

Sebaiknya kerajaan negeri insaf dengan keadaan yang menimpa dan menggunakan wang rebat 20 meter padu sebagai modal membeli air dari negeri luar. Tidak perlulah diberi rebat air jika airnya pun dicatu hingga kulit kering jadi kematu.

Sesungguhnya, rebat air kerajaan negeri Johor ibarat mengukur baju di badan sendiri iaitu membantu rakyat negeri tersebut yang benar-benar layak untuk dibantu. Kerajaan Selangor perlu prihatin dengan kebajikan dan kesihatan rakyat.

Apa guna ada air percuma tetapi percuma sahaja diserang penyakit akibat air lombong yang entah selamat entahkan tidak.

Biarlah rebat diberi untuk rakyat yang susah dan yang kaya biarlah mereka membayarnya dengan harga biasa kerana mereka pengguna tegar bahan asas tersebut untuk membasuh kereta dan kolam renang.

Yang penting, di Johor tiada air lombong dan di Selangor terimalah air mengikut terowong dari Pahang. Rakyat diutamakan .

Berita ehsan dari Utusan Online

posted from Bloggeroid

Thursday, 17 April 2014

Aplikasi Permohonan e-rumahjohor Dibuka Sekarang Bagi Rumah Mampu Milik



JOHOR BAHRU - Bermula semalam (16 April 2014) , permohonan untuk mendapatkan rumah mampu milik di Johor boleh dibuat menerusi aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor atau e-rumahjohor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sistem itu yang dibangunkan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT) bertujuan memudahkan rakyat di negeri itu membuat permohonan.

"Sistem ini beroperasi bagi memudahkan orang awam untuk mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri secara dalam talian," katanya dalam sidang media selepas  merasmikan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (MISTI Johor 2014) semalam.

Beliau berkata sistem itu juga boleh dilayari menerusi portal rasmi kerajaan negeri atau terus ke erumah.johor.gov.my.

Menurut Mohamed Khaled, kewujudan aplikasi erumahjohor juga akan meningkatkan kecekapan kerajaan negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan mampu milik.

Aplikasi ini juga akan membantu kerajaan negeri merancang dengan lebih teliti, selain memastikan bekalan rumah yang tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat, katanya.

Sehingga ini katanya, kerajaan telah menerima 40,000 permohonan secara manual daripada rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Kerajaan negeri kata Mohamed Khaled telah mengumumkan pembinaan 28,000 unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh lima tahun akan datang bermula 2013.

Sementara itu beliau turut berkata kerajaan negeri sedang mengkaji untuk meningkatkan kemudahan capaian Internet menerusi perluasan perkhidmatan Wi-fi di tempat-tempat tumpuan utama masyarakat.

Untuk peringkat awal katanya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan Hotspot Wi-fi di 100 lokasi termasuk di Iskandar Malaysia. - Bernama

Wednesday, 16 April 2014

Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014




Lebih 1000 peluang kerja berasaskan kemahiran di sektor OnG, Kreatif, Hospitaliti Pembuatan & Logistic @UpenJohor

Antara majikan-majikan yg akan menyertai Karnival Kerjaya Johor Mahir 2014.
1 J.S.T CONNECTORS (M) SDN BHD
2 MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING SDN BHD
3 EPSON PRECISION (JOHOR) SDN BHD
4 HOTEL GRAND PARAGON JOHOR BAHRU
5 J.K WIRE HARNESS SDN BHD
6 UEM SUNRISE BERHAD
7 WD MEDIA (M) SDN BHD
8 HOTEL SELESA & SIBU ISLAND RESORT SDN BHD
9 LOTTE CHEMICALS TITAN (M) SDN BHD
10 HANDAL INDAH SDN BHD
11 INNOVMECT & GLOBALINK SDN BHD
12 INSTRUMENT TECHNOLOGY (JOHOR) SDN BHD
13 GRAND BLUEWAVE HOTEL JOHOR BAHRU
14 GES MANUFACTURING SERVICES (M) SDN BHD
15 WILMAR INTERNATIONAL
16 WILMAR INTERNATIONAL
17 ETHIQUE BEAUTY
18 ASJ COMPONENTS (M) SDN BHD
19 UNIQUE TRUCK & TRAILER SERVICES SDN BHD
20 SOUTHERN LION SDN BHD
21 LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA SDN BHD
22 BAHRU STAINLESS SDN BHD
23 RANHILL WATER SERVICES SDN BHD
24 ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)
25 TANJUNG PUTERI GOLF RESORT
26 AIDA ENGINEERING (M) SDN BHD
27 RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL
28 V.S. INDUSTRY BERHAD
29 MEWAHOLEO INDUSTRIES SDN BHD
30 LANGKAWI INTERNATIONAL SPA ACADEMY
31 CELESTICA ELECTRONICS (M) SDN BHD
32 PODOYO PLASTICS INDUSTRIES (M) SDN BHD

Jom ramai2...
posted from Bloggeroid