Wednesday, 10 September 2014

PKR Juga Merupakan Pengkhianat Pakatan Rakyat....




email comments
PKR juga pengkhianat dalam Pakatan Rakyat - Nik Abduh
NIK ABDUH: Pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.
KUALA LUMPUR: PKR juga merupakan pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan.

Katanya, pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak sendirian apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri dan dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

"Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

"Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pengkhianatan yang berlaku itu, Nik Abduh menjelaskan Abdul Hadi mempunyai dua pilihan iaitu mendorong PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau bertindak dengan lebih budiman dengan memberi peluang agar mampu memperbaiki keadaan.

"Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR," katanya lagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pkr-juga-pengkhianat-dalam-pakatan-rakyat-nik-abduh-43642?cp

posted from Bloggeroid

Thursday, 5 June 2014

PAS Minta DAP 'Cermin Diri'




KOTA BHARU 4 Jun - Kerajaan Pas Kelantan menyelar DAP kerana mengaitkan isu pelaksanaan hudud di negeri ini sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu menuding jari kepada Pas dan hudud, sebaliknya mengakui kelemahan sendiri kerana calon yang dikemukakan iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bukan pilihan terbaik.

Katanya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina sehingga menyebabkan mereka melakukan protes dengan cara tidak mengundi DAP.

“Pada pandangan saya tidak ada sangkut paut dengan hudud, sebab kalau betul boleh menjejaskan sokongan macam mana DAP boleh menang di Bukit Gelugor. Jika Teluk Intan terjejas, Bukit Gelugor patut terjejas sama.

“Saya melihat punca kekalahan adalah undi protes daripada pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan oleh DAP. Mereka mahu orang Cina, tiba-tiba letak calon Melayu. Sudahlah muda, bukan berasal dari situ pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan meminta DAP mencermin diri dan tidak terus menerus menyalahkan pihak lain terutama Pas atas kegagalan parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.

“Kita pun kalau kalah, tidak salahkan siapa-siapa, kita salahkan UMNO sahaja," katanya

Sumber: utusan

posted from Bloggeroid

Yammy Wajar Dipecat Kerana Bantu Kempen DAP : Veteran UMNO



Yammy Samat, ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud, wajar dipecat daripada Umno sekiranya didapati benar berkempen untuk DAP, kata Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata Umno bersikap tegas mengikut peraturan terhadap anggotanya yang berkempen untuk parti pembangkang dan beliau percaya jawatankuasa disiplin parti akan menyiasat dengan teliti.

"... (Buat masa ini) beri ruang kepada beliau (Yammy) untuk menjawab (tuduhan) tetapi jika (Yammy) benar-benar bersalah, pendirian Veteran Umno tegas bahawa beliau wajar dipecat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Umno menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dan beliau perlu menjawab dalam tempoh 14 hari.

Mustapha berpendapat sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep keterbukaan, adalah tidak menjadi suatu kesalahan dalam peraturan Umno, apabila ada anggota keluarga ahli Umno itu bertanding mewakili parti pembangkang.

"Namun menjadi satu kesalahan apabila ahli Umno itu sendiri berkempen untuk anggota keluarga mereka, tidak kira suami atau anak yang bertanding mewakili parti pembangkang," katanya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas, Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, 53.



-- BERNAMA

posted from Bloggeroid

Tun M : " Nik Aziz adalah saudara saya tetapi jika dia salah saya tidak boleh terima"



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menganggap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai saudara, namun tetap akan menegur beliau sekiranya beliau bersalah.

“Nik Aziz adalah saudara saya tetapi sekiranya beliau membuat sesuatu yang salah, saya tidak boleh menerima. Ini adalah sebab mengapa saya berbeza (pendapat) daripada beliau,” katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta Syarahan Perdana itu, yang mencadangkan bekas Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membimbing umat Islam bersama Dr Mahathir kerana terdapat banyak persamaan antara mereka berdua.

Menjawab soalan itu, Dr Mahathir berkata prinsip utama undang-undang adalah untuk mencapai keadilan.

“(Tetapi) Umat Islam lebih berminat ke atas hukuman.

“Hukuman boleh dijatuhkan tetapi ia mestilah adil. Kalau anda berkata hudud adalah hanya untuk orang Islam, itu tidak adil.

“Kalau dua orang yang mencuri tertangkap dan kamu memotong tangan salah seorang daripada mereka kerana dia Islam dan seorang lagi dipenjarakan dua bulan, adakah itu adil?

“Itu tidak adil,” katanya.

Beliau berkata di negara ini adalah sukar untuk mencapai keadilan.

“Kita mesti mempunyai undang-undang yang sama. Apa yang adil, adalah Islam. Dari segi itu, saya berbeza daripada Nik Aziz, saudara saya,” katanya.

Di bawah pemerintahan Nik Aziz pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Bagaimanapun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ekoran itu juga, Dr Mahathir pernah menulis sepucuk surat kepada Nik Aziz bagi menentang pelaksanaan Enakmen tersebut.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tun-mahathir-nik-aziz-saudara-saya-tetapi-kalau-dia-salah-saya-tidak-terima-37194?cp

posted from Bloggeroid

Wednesday, 28 May 2014

Abby Abadi Failkan Cerai Esok



PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 May 2014

Anak Peramugara MH370 Selamat Dilahirkan

"Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."

Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.


"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "

Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.

Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.


"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.

Hampir 3 bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.

Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru pencarian


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-anak-pramugara-selamat-dilahirkan-36154?cp


posted from Bloggeroid

Friday, 16 May 2014

Siapa Adam Untuk Shila?



Masa Murai Batu tulis cerita ini diri sendiri pula yang tersenyum mengenangkan kalau benar telahan Murai Batu ini rasa macam sweet sangat apa yang berada dibayangan mindaku ini. Panjang tak madah Murai Batu kali ini?

Kalau tengok gambar mungkin ramai yang dah tahu tapi rasanya ramai yang tak tahu kan? Tetapi bukanlah Murai Batu nak memudaratkan mana-mana pihak yang mungkin menjadi subjek didalam cerita ini, sekadar berkongsi nanti tiadalah pembaca Murai khususnya terkejut tetiba keluar cerita pasal Shila Amzah dan seorang jejaka kan.

Ini semua kerana tiada cerita panas lagi terpaksalah Murai Batu menggodek segala Instagram mencari cerita tau. Mungkin nak dijadikan cerita gerak hati Murai Batu macam kuat sahaja berkata ada sesuatu diantara Shila Amzah dan teman yang mungkin bermula sebagai seorang #shilalas kan?

Rajin betul jejaka bernama Adam ini menjemput dan menghantar pulang penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan kita ini setiap kali penyanyi itu ulang alik ke luar negara. Walaupun tiada sebarang foto mesra dan keterlaluan, gambar yang dimuatnaik Adam terasa istimewa.

Shila pun khabarnya ada memberikan klu bahawa dia kini bahagia dan tidak lagi emo-emo seperti satu ketika itu kan. Ini menguatkan lagi spekulasi para keyboard warrior diluar sana termasuklah Murai Batu ni.

Mungkin Murai Batu pun over feeling kan, bukan apa sebab tengok budak itu macam baik dan sopan santun sahaja. Orang kata cocok sangatlah kalau ND Lala nak jadikan menantu. Oops, terlebih sudah Murai Batu, takutlah nanti orang kata memandai lebih kan.

Apa –apa pun yang penting Shila Amzah teruslah berjuang demi nusa dan bangsa. Buat Adam juga Murai Batu mohon maaf kerana menggunakan foto Instagram anda, sekadar berkongsi. Manalah tahu ada sinar kejayaan dimasa akan datang. Amin. Selamat maju jaya! Eh tetiba! Ciao!

Sumber : murai.com
posted from Bloggeroid