email comments
Pemilihan PKR: Pasukan Keadilan Raya menang jawatan utama
Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini.
Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.
Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.
Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus.
Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.
Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.
Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868 (49%) undi.
Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pemilihan-pkr-pasukan-keadilan-raya-menang-jawatan-utama-35797?cp
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment