TERENGGANU, 14 MEI : Pergolakan yang dialami oleh kerajaan negeri Terengganu susulan perletakan jawatan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar dan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru kini dilihat sudah selesai.
Sebentar tadi telah berlangsung satu sidang media tergempar susulan pergolakan yang terjadi di Terengganu sehingga Ahmad Said dan beberapa Adun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO.
Dalam sidang media tersebut,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang beliau telah memberitahu bahawa Ahmad Said telah kembali semula kepada UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan turut menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.
Pendirian Ahmad Said ini seharusnya dipuji kerana mengambil kira aspek kepentingan parti dan juga rakyat Terengganu secara khususnya dari terus diheret kedalam kemelut ini yang dilihat boleh menggugat sosio politik di negeri tersebut jika perkara ini terus berlarutan.
Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bijak mencari penyelesaian dalam permasalahan ini kerana semua sudah maklum bahawa pihak pembangkang dilihat sudah bersedia untuk mengambil kesempatan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secaar berhemah .
Sementara itu,Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut menemui Perdana Menteri sebentar tadi.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-UtaraNews.com
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment