Wednesday 10 September 2014

PKR Juga Merupakan Pengkhianat Pakatan Rakyat....




email comments
PKR juga pengkhianat dalam Pakatan Rakyat - Nik Abduh
NIK ABDUH: Pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.
KUALA LUMPUR: PKR juga merupakan pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan.

Katanya, pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak sendirian apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri dan dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

"Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

"Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pengkhianatan yang berlaku itu, Nik Abduh menjelaskan Abdul Hadi mempunyai dua pilihan iaitu mendorong PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau bertindak dengan lebih budiman dengan memberi peluang agar mampu memperbaiki keadaan.

"Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR," katanya lagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pkr-juga-pengkhianat-dalam-pakatan-rakyat-nik-abduh-43642?cp

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Teruskan berkongsi...jika berkesempatan utk berkongsi penulisan serta hypothesis penulis tentang maslahat dan resam kehidupan rakyat Malaysia ianya akn memberi nilai tambah dan warna warni blog ini...insyaAllah.

    Jazakallahu khaira

    HR09

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete