Tuesday 22 April 2014

Drama King Anwar Ibrahim Tarik Diri Tanding Jawatan Presiden PKR



KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR.

Penarikan diri itu membolehkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Pada 11 April lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkanbertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang akan diadakan pada Mei ini.

Pertandingan tersebut disahkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media calon pemilihan Keadilan 2014.

Wan Azizah yang sudah memegang jawatan itu selama 15 tahun bakal bertanding dengan Anwar yang kini sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat.


BERITA LANJUT MENYUSUL



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/anwar-ibrahim-tarik-diri-bertanding-jawatan-presiden-pkr-34429?cp

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment