Wednesday 28 May 2014

Abby Abadi Failkan Cerai Esok



PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

posted from Bloggeroid

Tuesday 20 May 2014

Anak Peramugara MH370 Selamat Dilahirkan

"Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."

Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.


"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "

Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.

Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.


"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.

Hampir 3 bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.

Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru pencarian


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-anak-pramugara-selamat-dilahirkan-36154?cp


posted from Bloggeroid

Friday 16 May 2014

Siapa Adam Untuk Shila?



Masa Murai Batu tulis cerita ini diri sendiri pula yang tersenyum mengenangkan kalau benar telahan Murai Batu ini rasa macam sweet sangat apa yang berada dibayangan mindaku ini. Panjang tak madah Murai Batu kali ini?

Kalau tengok gambar mungkin ramai yang dah tahu tapi rasanya ramai yang tak tahu kan? Tetapi bukanlah Murai Batu nak memudaratkan mana-mana pihak yang mungkin menjadi subjek didalam cerita ini, sekadar berkongsi nanti tiadalah pembaca Murai khususnya terkejut tetiba keluar cerita pasal Shila Amzah dan seorang jejaka kan.

Ini semua kerana tiada cerita panas lagi terpaksalah Murai Batu menggodek segala Instagram mencari cerita tau. Mungkin nak dijadikan cerita gerak hati Murai Batu macam kuat sahaja berkata ada sesuatu diantara Shila Amzah dan teman yang mungkin bermula sebagai seorang #shilalas kan?

Rajin betul jejaka bernama Adam ini menjemput dan menghantar pulang penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan kita ini setiap kali penyanyi itu ulang alik ke luar negara. Walaupun tiada sebarang foto mesra dan keterlaluan, gambar yang dimuatnaik Adam terasa istimewa.

Shila pun khabarnya ada memberikan klu bahawa dia kini bahagia dan tidak lagi emo-emo seperti satu ketika itu kan. Ini menguatkan lagi spekulasi para keyboard warrior diluar sana termasuklah Murai Batu ni.

Mungkin Murai Batu pun over feeling kan, bukan apa sebab tengok budak itu macam baik dan sopan santun sahaja. Orang kata cocok sangatlah kalau ND Lala nak jadikan menantu. Oops, terlebih sudah Murai Batu, takutlah nanti orang kata memandai lebih kan.

Apa –apa pun yang penting Shila Amzah teruslah berjuang demi nusa dan bangsa. Buat Adam juga Murai Batu mohon maaf kerana menggunakan foto Instagram anda, sekadar berkongsi. Manalah tahu ada sinar kejayaan dimasa akan datang. Amin. Selamat maju jaya! Eh tetiba! Ciao!

Sumber : murai.com
posted from Bloggeroid

Malaysiakini Harus Mohon Maaf Atau Terlibat Dengan Tindakan Saman : DS Najib




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini susulan dua buah artikel yang diterbitkan portal berita itu yang dikatakan mengandungi kata-kata fitnah.

Menurut laporan oleh Malaysiakini dalam notis tuntutan yang diserahkan kepada mereka petang Khamis, tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Kata-kata fitnah yang didakwa Najib itu adalah merupakan artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini yang bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'

Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun berkata, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan UMNO sebagai sebuah parti politik yang tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi serta imej anak-anak guam kami.

“Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia selain mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis itu.

Najib dan UMNO menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat tuntutan tersebut serta penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji bertulis bahawa pihak Malaysiakini tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan begitu.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi untuk menghalang penerbitan yang sama kandungannya.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, pihaknya sudah menjangkakan perkara ini selepas akhbar Utusan Malaysia melancarkan serangan terhadap pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak untuk menjawab dan akan menawarkannya kepada Najib untuk menjawab dan menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu.

“Beliau amat dialu-alukan untuk menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan UMNO itu adalah salah,” kata Gan.

Katanya, Perdana Menteri dan UMNO patut menyatakan pandangan mereka untuk disiarkan dalam Malaysiakini, daripada mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.

Terengganu sebelum ini dilanda krisis apabila bekas menteri besar dan dua ADUN keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas, sekaligus menyebabkan parti itu hilang penguasaan dan menjadi kerajaan minoriti.

Ia bagaimanapun kembali seperti sedia kala selepas ketiga-tiga mereka menyertai semula UMNO tidak lama selepas itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/najib-umno-tuntut-malaysiakini-mohon-maaf-atau-hadapi-tindakan-saman-35945?cp

posted from Bloggeroid

Menjijikkan!! Foto Jemuran Udang Kering .





Meskipun tiada lokasi yang dinyatakan, namun sumber mendakwa gambar kejadian ini berlaku di dalam negara kita sendiri. Persoalannya, dimanakah lokasi tempatnya?


Jemuran udang kering menjadi tempat untuk anjing berehat dan bergaru. Dan penyapu pula digunakan untuk tujuan meratakan jemuran udang kering.

Pihak keselamatan dan kualiti makanan perlu dan wajib memantau tempat-tempat perusahaan membuat barangan-barangan kering ini bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar bersih dan suci dan lagi HALAL. - Sumber

posted from Bloggeroid

MAS Alami Kerugian Bersih Suku Pertama RM443juta . Kehilangan MH370 Tingkat Kerugian

Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.

"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya hari ini.

"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan negara itu.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi.

Syarikat itu berkata, tekanan ke atas pendapatan, aktiviti bukan teras yang merugikan serta sentimen negatif ke atas syarikat penerbangan itu, telah membayangi pertumbuhan trafik udara yang agak tinggi dan usaha penjimatan kos.

Ahmad Jauhari berkata, sebahagian besar kos berkaitan MH370 akan ditanggung syarikat insurans.

"Bagaimanapun, kumpulan kami perlu segera meningkatkan usaha untuk mendapat kembali momentum yang hilang dan meningkatkan pendapatannya," katanya.

Operasi syarikat penerbangan itu merosot untuk beberapa minggu sejak MH370 hilang pada awal Mac.

Aktiviti pemasaran dihentikan sebagai menghormati anggota keluarga mangsa dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu, katanya.

Pendapatan syarikat untuk suku pertama meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala saham syarikat itu jatuh 9.0 peratus kepada 22.5 sen daripada 24.8 sen dalam suku pertama 2014.

Mengenai bahan api pesawat, syarikat itu mengalami peningkatan selari dengan perbelanjaan dengan 11 peratus volum peningkatan bahan api pesawat.

Purata harga bahan api pesawat pada 2014 ialah US$128 setong berbanding U$134 setong tahun ke tahun.

Ahmad Jauhari berkata, syarikat penerbangan negara itu sudah dua tahun berusaha untuk menambah baik operasi dan kekal fokus untuk memacu syarikat ke depan dalam usaha untuk kekal sebagai peserta relevan dalam pasaran.

Antara strategi MAS, termasuk menjana pendapatan dengan peningkatan kapasiti di samping usaha pemasaran dan penjenamaan yang lebih agresif.

"Kami mengekalkan komitmen untuk kekal kompetitif bagi menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan terbaik dengan keselamatan sebagai keutamaan kami dan memberi pulangan kepada pemegang saham dalam jangka panjang," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, produktiviti telah meningkat dan penggunaan pesawat telah bertambah dengan pengurusan kos yang lebih baik dengan vendor dan pembekal di samping tindakan penting korporat untuk mengumpul modal baharu.

MAS kini memiliki 151 pesawat dengan usia purata hanya 4.35 tahun menjelang akhir tahun ini.

-- BERNAMA

posted from Bloggeroid

Thursday 15 May 2014

BERJASA Umum Tanding PRK Teluk Intan

IPOH, 15 Mei (Bernama) Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Jumaat bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.

"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada majlis pengenalan calon parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

BERNAMA

posted from Bloggeroid

Mesti Baca!! Perbezaan Antara Rebat Air Di Selangor dan Johor



MELIHAT kepada rebat air 20 meter padu yang diberi oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada semua rakyat negeri itu dengan Johor yang turut memberi rebat yang sama tetapi lebih tinggi iaitu 25 meter padu, ia seperti terkandung sisi tersirat yang amat berbeza.

Di Selangor semua rakyat tidak kira kaya, miskin, golongan ekspatriat, kilang mahupun pelancong enak merasa air percuma.

Namun di Johor sebagaimana dinyatakan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebanyak RM14 pemberian subsidi air hanyalah untuk orang susah dan Orang Asli yang benar-benar memerlukannya.

Sepatutnya itulah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor kerana polisi memberi air percuma hanya menyebabkan pembaziran yang melampau kerana semua pihak merasakan ia seperti mudah didapati dan tidak akan habis.

Dalam situasi semasa di Johor , pemberian air percuma misalnya dibuat dengan merujuk kepada data di dalam e-kasih yang mana di dalam pangkalan data ini senarai orang susah dengan mudah boleh dikenalpasti.

Isu meniru polisi pemberian rebat air tidak akan timbul jika semua orang faham bahawa setiap rakyat yang miskin dan kaya menikmati status hidup berbeza dan sewajarnya yang kurang ditambah dan yang berlebih tidaklah perlu bersungut kerana mereka menikmati kek ekonomi yang besar.

Jika dikaji masalah air di Selangor dan Johor juga berbeza sekali. Di Johor bekalan air mentah tidak terawat begitu banyak hingga mampu membekalkannya ke Singapura untuk diproses dengan situasi menang-menang antara kedua pihak. Kerajaan negeri dapat membekalkan air yang berkualiti kepada rakyat dari loji penapisan air di seberang tambak.

Namun di Selangor polisi air percuma sudah dilihat cantik namun ibarat pepatah jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.

Kalau tidak mampu memberi rebat air maka dasar tersebut harus dikaji. Loji Rawatan Langat 2 masih belum dapat dilihat kelibatnya akibat percaturan politik sejak enam tahun lalu. Apa yang pasti dengan wujudnya loji tersebut maka bekalan air akan lebih terjamin bagi tempoh 50 tahun.

Sayang seribu kali sayang rebat air percuma mungkin mampu memberi sokongan hingga dua penggal kepada Kerajaan PKR Selangor. Namun setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 selesai barulah rakyat sedar bahawa apa yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar enam tahun dulu menjadi kenyataan. Bahawasanya 2014 krisis air akan melanda Selangor.

Hari ini dengan dasar rebat air hampir sama, krisis air tidak berlaku di Johor tetapi di Selangor.

Pemberian rebat pula berdasarkan kaedah hampir sama tetapi pendekatan berbeza. Subsidi perlulah diberi kepada yang selayaknya bukannya bersifat populis semata-mata.

Siapa sangka negeri maju bernama Selangor ditimpa masalah air dengan pakar-pakar air mula sangsi dengan pendekatan kerajaan negeri menggunakan air lombong mengandungi plumbum yang dipam ke dalam Sungai Selangor.

Lebih mengejutkan exco negeri menjamin air yang diproses selamat kerana ada negara menggunakan air kumbahan untuk dijadikan sumber air mentah tidak terawat.

Jika demikian bagai dikata kita harus menunggu berpuluh tahun untuk melihat hasil penggunaan air lombong sama ada menyihatkan atau menyebabkan penyakit kronik.

Sebaiknya kerajaan negeri insaf dengan keadaan yang menimpa dan menggunakan wang rebat 20 meter padu sebagai modal membeli air dari negeri luar. Tidak perlulah diberi rebat air jika airnya pun dicatu hingga kulit kering jadi kematu.

Sesungguhnya, rebat air kerajaan negeri Johor ibarat mengukur baju di badan sendiri iaitu membantu rakyat negeri tersebut yang benar-benar layak untuk dibantu. Kerajaan Selangor perlu prihatin dengan kebajikan dan kesihatan rakyat.

Apa guna ada air percuma tetapi percuma sahaja diserang penyakit akibat air lombong yang entah selamat entahkan tidak.

Biarlah rebat diberi untuk rakyat yang susah dan yang kaya biarlah mereka membayarnya dengan harga biasa kerana mereka pengguna tegar bahan asas tersebut untuk membasuh kereta dan kolam renang.

Yang penting, di Johor tiada air lombong dan di Selangor terimalah air mengikut terowong dari Pahang. Rakyat diutamakan .

Berita ehsan dari Utusan Online

posted from Bloggeroid

"Saya akan hadiri kenduri kahwin anak ahmad said" : DS Najib



Kemelut politik Terengganu yang bermula selepas bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan keluar dari UMNO disifatkan berpunca daripada masalah komunikasi semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kini disifatkan selesai di atas semangat cintakan parti yang mengatasi segala-galanya.

‎"Memang tarikh kenduri kahwin anaknya (Ahmad Said) tidak dimaklumkan. Kami fikir kenduri 10 Mei selesai, kami tidak dimaklumkan ada satu lagi majlis pada 17 Mei.

"Ini semua masalah komunikasi. Semuanya sudah diatasi dan semua sudah memberi penjelasan. Sebenarnya Ahmad Said juga berkata dia terlalu cinta pada UMNO dan tidak dapat melupakan UMNO," katanya semasa sidang media selepas perasmian Auto Forum 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib turut mengumumkan akan menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kemelut-selesai-saya-akan-hadir-kenduri-kahwin-anak-ahmad-said-najib-35852?cp

posted from Bloggeroid

Kerusi Genap: Persempadanan Semula di Beberapa Negeri Dikaji -SPR



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memulakan proses persempadanan semula di beberapa negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap bermula tahun ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata persempadanan semula ini seharusnya dilakukan dari dahulu lagi, namun, ia tidak lagi dilakukan kerana penglibatan dengan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

"Perlunya persempadanan semula ini untuk menjadikan kerusi DUN dan Parlimen ganjil kerana jika genap akan timbul masalah bila kedudukan kerusi menjadi 50-50.

"Walaubagaimanapun, sekiranya ini berlaku, Speaker sesetengah negeri boleh menentukan siapa yang berhak memerintah negeri itu.

"Kami sedang dalam proses menyediakan notis untuk proses persempadanan di negeri-negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap seperti Terengganu," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau menerangkan bahawa proses persempadanan itu akan mengambil masa lebih kurang dua tahun.

"Ini kerana terdapat pelbagai langkah seperti mempamerkan notis, mendengar bantahan, menukar cadangan persempadanan sebelum mendengar bantahan sekali lagi.

"Proses ini agak panjang untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan bantahan dan sebagainya," katanya.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU13, katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kerusi-genap-persempadanan-semula-di-beberapa-negeri-dikaji-spr-35816?cp

posted from Bloggeroid

Malaysia Perlu Susun Semula Subsidi Untuk Yang Kurang Bernasib Baik - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula dengan efektif strategi pembahagian subsidi kepada yang kurang bernasib baik di negara ini.

"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata Perdana Menteri dalam Twitternya Rabu malam.

Najib mengulas laporan Bloomberg berjudul 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan untuk golongan Termiskin,' menurut Bank Dunia.

Laporan itu berkata subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan dari Mesir hingga Malaysia daripada melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang akan membantu golongan miskin, kata bank itu dalam laporan yang disiarkan, Rabu.

Laporan itu menyatakan subsidi minyak adalah tertinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (GDP).

Ini berbanding satu (1) peratus daripada GDP yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat, tambah laporan itu.

--BERNAMA

posted from Bloggeroid

Wednesday 14 May 2014

Ajak Shiro Biar Ular Belit Anak?



Sesetengah individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa. Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak daripada duo Shiro dalam Instagram miliknya.

Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa.

Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya. Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular.


Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk dada tanya selera, sebab semua selera masing-masing tak sama bukan?

posted from Bloggeroid

Ahmad Said Mengaku Ditawar Sertai PAS






KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.

Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

“Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula,” ujarnya.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik seketika di negeri itu.

Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.

“Saya dah bercakap dengan PM (perdana menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN,” tambah beliau.

Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau  bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu di kediamannya di Kemaman.

Pelik : Kambing Dilahirkan Dengan Rupa Manusia



MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan Izmir, Turki.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.

Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati.Dalam rakaman tersebut, anak kambing berkenaan kelihatan berwajah manusia dengan bibir, hidung dan bentuk muka.


Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia di dalam filem sains fiksyen.Anak kambing tersebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing.

posted from Bloggeroid

Ahmad Said Masuk UMNO Kembali



TERENGGANU, 14 MEI : Pergolakan yang dialami oleh kerajaan negeri Terengganu susulan perletakan jawatan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar dan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru kini dilihat sudah selesai.

Sebentar tadi telah berlangsung satu sidang media tergempar susulan pergolakan yang terjadi di Terengganu sehingga Ahmad Said dan beberapa Adun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO.

Dalam sidang media tersebut,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang beliau telah memberitahu bahawa Ahmad Said telah kembali semula kepada UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan turut menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.

Pendirian Ahmad Said ini seharusnya dipuji kerana mengambil kira aspek kepentingan parti dan juga rakyat Terengganu secara khususnya dari terus diheret kedalam kemelut ini yang dilihat boleh menggugat sosio politik di negeri tersebut jika perkara ini terus berlarutan.

Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bijak mencari penyelesaian dalam permasalahan ini kerana semua sudah maklum bahawa pihak pembangkang dilihat sudah bersedia untuk mengambil kesempatan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secaar berhemah .

Sementara itu,Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut menemui Perdana Menteri sebentar tadi.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-UtaraNews.com

posted from Bloggeroid

Pemilihan PKR : Pasukan Keadilan Raya Menang Jawatan Utama



email comments
Pemilihan PKR: Pasukan Keadilan Raya menang jawatan utama
Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini.

Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus.

Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.

Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.

Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pemilihan-pkr-pasukan-keadilan-raya-menang-jawatan-utama-35797?cp

posted from Bloggeroid

Anwar, isteri terlibat kemalangan



SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

posted from Bloggeroid

Tuesday 13 May 2014

Speaker: Dun Terengganu tak bubar hari ini



SHAH ALAM - Ketika pembubaran Dun Terengganu semakin hebat diperkatakan akan berlaku hari ini, Speaker Dun, Mohd Zubir Embong dalam jawapan ringkasnya berkata "tidak".

Beliau menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) Sinar Harian Online kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Sinar Harian Online bertanyakan kemungkinan Dewan akan tetap dibubarkan hari ini ekoran kemelut yang melanda Dun berkenaan.

Terdahulu, beliau sudah menafikan khabar angin yang tersebar luas menerusi SMS dan aplikasi WhatsApp bahawa Dun Terengganu akan dibubarkan hari ini susulan tiga wakil rakyatnya keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya kepada Bernama.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," tambahnya lagi.

Susulan keluarnya tiga wakil rakyat Umno, komposisi BN di Dun yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Namun menurut penasihat undang-undang, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu, menjadikan BN 15 kerusi.

Sumber : sinarharian online

posted from Bloggeroid

Monday 12 May 2014

Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu




KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Sumber : sinarharian

posted from Bloggeroid

Harith Iskander Dikecam Kerana Isu Hudud Di Twitter



Gara-gara memuat naik ‘status’ berkenaan hudud di laman Twitter miliknya Khamis lalu, pelawak dan pelakon profesional Harith Iskander telah dihentam pelayar laman sosial termasuk peminatnya sendiri.

Perkara tersebut telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar pengikutnya di laman Twitter dan mereka menganggap Harith tidak sensitif kerana dengan sewenang-wenangnya menjadikan hudud sebagai bahan jenaka




Ada juga peminat yang terus berhenti mengikut Harith di Twitter kerana kesal dengan perbuatan pelawak itu yang sewenang-wenangnya mempermainkan hukum Hudud.





Ekoran itu, Harith Iskander terus menukar privasi akaun Twitternya daripada ‘umum’ ke ‘peribadi’.





Diharap selepas ini tiada lagi status yang menyentuh sensitivity dinaikkan ya Harith! Jadikan pengajaran.

Kepada sesiapa sahaja terutama pelayar tegar laman sosial tidak salah jika mahu berlawak atau menyuarakan pendapat, tetapi biarlah kena pada caranya.

Tambah-tambah lagi jika anda menjadi perhatian atau ikutan ramai. Bila dah terlajak kata, tidak boleh diundur…Tepuk dada, tanya diri sendiri!

Sumber : murai.com
posted from Bloggeroid

Pemilihan PKR : 12 Cabang Dibatalkan, Peti Undi Dibawa Lari

KUALA LUMPUR: Pemilihan pimpinan di sembilan Cabang PKR di Selangor dilaporkan terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan termasuk sabotaj dan tidak telus.

Cabang-cabang yang dibatalkan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar dan Selayang.

Sebelum ini Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz memaklumkan sembilan Cabang dibatalkan di laman twitter miliknya





Terdapat dakwaan mengatakan di Cabang PKR Selayang berlaku kekecohan ekoran kejadian peti undi dilarikan ketika proses pengundian sedang berlangsung.

PKR sebelum ini menggantung pemilihan di 17 Cabang ekoran masalah yang berlaku ketika proses pemilihan dijalankan.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Johari Abdul akan mendedahkan butiran mengenai jumlah cabang yang digantung dan sebabnya petang ini

posted from Bloggeroid

PAS Batalkan Niat Bentang Rang Undang-Undang Hudud Di Parlimen!




Ini adalah salinan kenyataan media yang dihantar kepada Buletin 247 sebentar tadi.

Benarkah seperti yang terkandung di dalam kenyataan media berkenaan, Presiden PAS telah memutuskan, PAS tidak akan membentangkan rang undang-undang persendirian membabitkan perlaksanaan hukum hudud di Parlimen pada Jun nanti?

Atau adakah ini merupakan satu lagi pemalsuan yang dilakukan untuk memanjangkan lagi isu hudud sekaligus menutup mulut MCA yang memberikan alasan, mereka menarik diri daripada PRK Parlimen Bukit Gelugor kerana mahu menumpukan kepada isu HUDUD?

Timbul pelbagai persoalan berhubung kenyataan media ini. Apakah ini merupakan kemenangan kepada gabungan DAP-MCA-GERAKAN terhadap UMNO-PAS yang sudah bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Teknikal yang memperincikan perlaksanaan hudud di peringkat Negeri Kelantan?

Presiden PAS perlu muncul untuk memberikan penjelasan umum kepada rakyat, terutama sekali umat Islam berhubung kenyataan media ini!

posted from Bloggeroid

Sunday 11 May 2014

MCA Tudak Akan Letak Calon Untuk PRK Bukit Gelugor



GEORGE TOWN: MCA tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu di Pejabat MCA Pulau Pinang petang tadi.

Ka Chuan berkata, keputusan dibuat selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden MCA yang diadakan di Ipoh, Perak jam 10 pagi semalam

Keputusan tidak bertanding dibuat bagi memberi perhatian kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS berhubung cadangan memperkenalkan undang-undang hudud di Kelantan.

MCA katanya juga mahu memberikan fokus kepada isu lain yang lebih penting termasuk menumpukan kepada gerak kerja untuk pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Tambahnya, keputusan itu dipersetujui oleh pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama pada sidang media itu, pengerusi MCA Negeri, Datuk Chew Mei Fun.

Suruhanjaya pilihan raya (SPR) menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 25 Mei sebagai hari pengundian.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

Pada pilihan raya umum ke 13 tahun lalu, Karpal, yang juga bekas pengerusi DAP memenangi kerusi parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mca-tidak-akan-bertanding-prk-bukit-gelugor-35565?cp

posted from Bloggeroid

Friday 9 May 2014

Jeddah destinasi terakhir dari LCCT sebelum ditutup

SEPANG: LCCT ditutup secara rasminya pada Jumaat dengan penerbangan terakhir AirAsia X berlepas ke Jeddah pada pukul 2.30 pagi.

Hari ini merupakan hari terakhir operasi Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dari tinjauan Astro AWANI, keadaan masih lagi sibuk dengan beberapa penerbangan dari sini masih beroperasi seperti biasa.

Difahamkan lebih 42 penerbangan Air Asia sudah pun mendarat di KLIA2 hari ini dan operasi penerbangan akan mula berpindah bermula tengah malam ini.

Penerbangan AirAsia dari Ho Chi Minh pertama mendarat di Klia2

Sementara itu AirAsia dengan rasminya menandakan kehadirannya di lapangan terbang baharu, klia2, dengan ketibaan penerbangannya dari Bandaraya Ho Chi Minh petang tadi .

Dalam satu kenyataan hari Khamis, AirAsia berkata Flight AK 539 tiba pada pukul 3.40 petang dan telah disambut oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar.

Klia2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC) dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun, memulakan operasinya pada 2 Mei. AirAsia berkata 3,550 daripada kakitangan operasinya dan 70 pesawat (AirAsia dengan 54 pesawat Airbus A320 dan AirAsia X dengan 16 pesawat Airbus A330) akan berpangkalan di lapangan terbang baharu itu mulai esok.

Syarikat itu beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Malaysia Airports Holdings Berhad berkata perpindahan penerbangan AirAsia ke Klia2 telah bermula lancar dengan ketibaan dua penerbangan antarabangsa dan dua penerbangan domestik setakat pukul 5.00 petang hari ini.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasinya, Datuk Azmi Murad, juga hadir di klia2 untuk menyambut Penerbangan Flight AK 539 AirAsia. -- Bernama


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jeddah-destinasi-terakhir-dari-lcct-35450?cp

posted from Bloggeroid

Kabinet mahu kurangkan ruangan 'kaum', bukan gugur sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Kabinet tidak pernah membuat keputusan untuk menggugurkan ruangan 'kaum' dalam semua borang rasmi kerajaan sepenuhnya tetapi bercadang menghentikannya secara beransur-ansur selain melihat di mana ia sesuai untuk dilaksanakan .

Menurut satu sumber Kabinet, kebanyakan menteri, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, tidak membantah bahawa perlu ada pengurangan penekanan kepada kriteria kaum dalam borang rasmi kerajaan ketika mesyuarat mingguan mereka.

"Secara umumnya adalah dipersetujui bahawa demi memupuk semangat perpaduan, kita (kerajaan) cuba untuk mengurangkan, sebanyak mungkin maklumat kaum pada borang yang tidak memerlukannya," kata sumber itu kepada Astro AWANI.

"Apabila kita bergerak ke hadapan, kita memerlukan lebih banyak keputusan yang dibuat yang berdasarkan keperluan dan bukan atas dasar kaum. Ini sepatutnya menjadi satu kebiasaan, " kata sumber itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun sebelum ini telah mencadangkan perkara itu (menggugurkan ruangan "kaum") dan ia dibincangkan dengan hangat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan, katanya.

"Sebagai contoh, bantuan tunai BR1M diberikan berdasarkan kepada pendapatan. Namun ada juga yang bertanya pecahan umlah yang diperolehi oleh setiap kaum? Ini adalah untuk tujuan statistik semata-mata.

"Isu yang berbangkit adalah sama ada (ruangan kaum pada borang) diperlukan atau tidak?

"Kita perlu sampai ke satu tahap apabila seseorang bertanyakan berapa banyakkah wang yang telah diberikan kepada kaum Melayu, Cina, dan India, kita mampu menjawab, kita (kerajaan) tidak tahu kerana keputusan dibuat berdasar kepada pendapatan mereka (dan bukannya kaum)," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Joseph sebagai berkata bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan yang tidak mempunyai nilai tambah.

Komennya itu mengundang kemarahan kumpulan hak bumiputra, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, PERKASA, yang berkata pertubuhan itu bersedia untuk mengheret kerajaan ke mahkamah jika perkara itu dilaksanakan.

Najib, bagaimanapun pada Khamis menjelaskan bahawa ruangan ‘kaum’ akan kekal dalam borang rasmi kerajaan kerana ia diperlukan untuk tujuan statistik untuk memantau perkembangan setiap kaum di negara ini.

Pada Februari, Tan Sri Joseph Kurup berkata Malaysia perlu mengambil langkah ke arah mewujudkan sebuah identiti kebangsaan tunggal dengan mengeluarkan kategori "kaum" dari semua borang rasmi di negara ini.

Kurup, yang juga Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara, berkata dengan langkah itu diharapkan rakyat negara ini akan mula melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan bukannya berdasarkan identiti sesuatu bangsa mahupun agama.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kabinet-mahu-kurangkan-ruangan-kaum-bukan-gugur-sepenuhnya-35445?cp

posted from Bloggeroid

Wednesday 7 May 2014

Ulama bebas politik perlu dalam jawatankuasa khas Hudud -Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.


PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.

Hudud : Pakatan Rakyat Dibayangi Perpecahan



HULU SELANGOR: Perpecahan Pakatan Rakyat seperti yang dibayangkan penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya baru-baru ini, pasti berlaku kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing menentang cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak terkejut dengan apa yang dibayangkan oleh Kit Siang. Ia akan berlaku kerana cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS mendapat bantahan keras daripada bekas pengerusi DAP, Karpal Singh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohammed Idris Abu Bakar di kediamannya di Kalumpang, dekat sini pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, walaupun terdapat segelintir Ahli Parlimen PKR menentang hudud, bantahan keras DAP dan PKR mengenai pelaksanaannya akan meregangkan hubungan PAS dalam pakatan pembangkang itu.

Menurut beliau, PAS perlu bekerja lebih 'keras dan bijak' untuk meyakinkan dan memenangi hati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan Islam jika mereka ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan melalui pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Ahli Parlimen Hulu Selangor (MIC), P. Kamalanathan yang juga ada bersama Ahmad Zahid, berkata walaupun perpecahan itu pasti berlaku, DAP akan memainkan isu itu untuk meredakan kemarahan ahli parti.

"Mereka hanya akan bercakap mengenainya dan tidak akan melakukan apa-apa tindakan. Ini adalah drama DAP semata-mata," katanya.
Beliau berkata, DAP perlu membuktikan keikhlasan mereka jika benar-benar menentang hudud dengan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen pada Jun ini.

Lim dalam blognya membayangkan bahawa parti dalam Pakatan Rakyat mungkin berpecah sekiranya hudud menjadi isu utama.

Sumber : Mstar Online